Bursa Malaysia susut hampir 10 mata

0
3

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun mengalami penurunan selepas itu berikutan kekurangan momentum belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan indeks.

Pada 9.25 pagi semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 8.52 mata kepada 1,473.28 daripada 1,481.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,482.08.