Anwar: Nama Timbalan Menteri diumumkan dalam masa terdekat

0
12
Gambar Facebook : Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri  berkata, calon-calon timbalan menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu dalam Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin dalam mesyuarat Kabinet mingguan pada hari ini.

“Alhamdulillah, mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.  Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin.

“Insya-Allah, calon-calon timbalan menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan senarai 28 menteri termasuk dua Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Dua orang TPM ialah Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof.