KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,649 kes Covid-19 semalam, termasuk 170 di Sarawak.
Sebanyak 21,758 kes aktif direkodkan, turun 20 peratus berbanding 14 hari lalu.
Sebanyak 16 lagi kes kematian Covid-19 direkodkan semalam.
Sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020, sebanyak 36,732 kematian sudah direkodkan.