STAR keluar PN?

0
1
Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU: Star berhasrat keluar PN dan pengumuman rasmi akan dibuat.

Menurut Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tindakan diambil kerana STAR tidak lagi sehaluan dengan PN yang kini menyokong Kerajaan Perpaduan.

Beliau memberitahu pemberita berkaitan isu tersebut selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS), Timbang Menggaris ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37.

Pada 26 November lepas, Star mengambil pendirian sama dengan GRS menyokong Kerajaan Perpaduan.