PSKPP Kuching ungguli acara takraw

0
1
JUARA...Pasukan sepak takraw PSKPP Kuching yang berjaya muncul juara.

KUCHING: Pasukan PSKPP Kuching berjaya merangkul gelaran juara bagi acara sepak takraw dalam Pesta Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Peringkat Negeri Ke-40 2022.

Pilihan popular itu memuktamadkan saingan musim ini dengan cemerlang menumpaskan PSKPP Betong selaku naib juara (2-1) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sepak Takraw, Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Petra Jaya hujung minggu lepas.

Kejayaan yang dilakar pasukan terbabit sekali gus menebus kekecewaan pada edisi sebelumnya.

JUARA…Pasukan sepak takraw PSKPP Kuching yang berjaya muncul juara.

“Cukup gembira dengan kejayaan ini, syabas kepada semua pemain kerana berjaya memastikan gelaran juara menjadi milik PSKPP Kuching.

“Semangat juang serta komitmen diberikan pemain sepanjang saingan antara faktor penyumbang kejayaan ini,” ujar ketua jurulatih, Openg Bujang kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, dua lagi pasukan iaitu PSKPP Sibu dan PSKPP Limbang yang tewas diperingkat separuh akhir

Semua pasukan terbabit menerima hadiah berupa pingat.