Pas tuntut Anwar tunjuk bukti

0
11
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhan kononnya gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian bagi tujuan kempen PRU15.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sekiranya Anwar gagal menunjukkan bukti, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah.

Beliau menegaskan tuduhan tersebut langsung tidak berasas.

“Pas menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beberapa media  sebelum ini melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.