Nafi dilantik Speaker Dewan Rakyat

0
2
Gambar fail

KUCHING: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan akan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, setakat ini tiada menerima notis atau dimaklumkan untuk mengisi jawatan itu.

“Macam mana notis 14 hari (hendak diberikan) kalau saya tidak ditanya? “Maksudnya, bukanlah saya (ditawarkan jawatan Speaker Dewan Rakyat), mudah sahaja,” katanya.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Santubong itu yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat dilaporkan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu, menggantikan Azhar Harun.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Mohamad Ariff Md Yusof yang pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Pemilihan speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila Dewan Rakyat bersidang dua hari mulai 19 Disember in