Lawatan empat hari Tunku Azizah Aminah

0
6
SELAMAT DATANG... Tunku Azizah Aminah bersama-sama Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang.Tunku Azizah Aminah bersama-sama Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bu

KUCHING: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), sekitar jam 1.26 petang, semalam.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong yang menggunakan pesawat khas disambut isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Raja Permaisuri Agong dijangka mengadakan lawatan empat hari di Kuching. Keberangkatan baginda turut disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Raja Permaisuri Agong pada hari pertama berkenan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo iaitu Bengkel Songket Penjara Puncak Borneo.

Manakala pada sebelah malamnya baginda dijadual menghadiri Food Over Fire Festival & Theatre di Fort Margherita, Kuching.

Hari ini, baginda dijadual berangkat ke Damai Golf & Country Club, Santubong diikuti pada sebelah petang berkenan melawat Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim bagi pelancaran Kampung Heritage Trail-Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai. Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke ibu negara pada Khamis ini.