Lampu LED Jambatan Merah Bintangor kena curi?

0
6
Foto yang diambil di tempat kejadian. Kredit Foto : FB Datuk Ding Kuong Hiing.

BINTANGOR : Lampu yang menggunakan diod pemancar cahaya (LED) di Jambatan Merah lesap awal pagi tadi dipercayai jadi sasaran pencuri.

Sebanyak tiga lampu berwarna warni LED dilaporkan hilang dalam kejadian itu, seperti yang muat turun oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ding Koung Hiing dalam Facebook rasmi beliau.

Sambil meluahkan rasa kesal, Kuong Hiing berkata, kejadian seperti itu amat menyedihkan.

“Pemasangan Lampu LED berwarna-warni berkenaan adalah untuk menarik tarikan pengunjung ke Bintangor.

” Kemudahan yang disediakan kerajaan itu, perlu dihargai oleh semua pihak demi kecantikan jambatan merah Bintangor,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga net yang rata-rata meluahkan rasa kesal dan marah dengan kejadian terbabit.

Antaranya ada berharap masyarakat sedar dan mempunyai disiplin yang tinggi terhadap harta awam.

“Harta awam kita semua perlu berganding bahu untuk sama-sama jaga dan pelihara,” katanya salah seorang daripadanya.

Seorang lagi warga net berkata : “Inilah masalah orang kita tak menghargai kemudahan nanti kerajaan. Tak buat projek bising bila ada kemudahan habis kena curi contoh lampu klip solar kat jalan…habis kena curi.”