Fadillah galas tugas tangani isu MA-63, kata Anwar

0
6
Datuk Sri Fadillah Yusof

KUCHING:Perdana Menteri berkata, pelantikan Dato Sri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri antara lain bertujuan untuk menyelesaikan isu berkenaan tertunggak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA-63).

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak mahu isu membabitkan MA63 terus berlarutan.

“Kebanyakan telah dapat diselesaikan namun ada yang (masih) menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan kita di Sarawak dan Sabah.

Ini patut disegerakan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Khas Kabinet Pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini pada Isnin.

Anwar menjelaskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini memaklumkan kepada beliau yang terdapat peraturan sedia ada yang telah menyulitkan usaha untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63.

Fadillah  dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menurut Perdana Menteri berperanan memastikan jurang ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan.