KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,576 kes Covid-19 semalam , termasuk 79 kes di Sarawak.
Jumlah kes aktif Covid-19 ialah 21,800, turun 19.3 peratus berbanding 14 hari lalu.
Sementara itu, tiga lagi kes kematian Covid-19 direkodkan semalam.
Sebanyak 36,716 kematian direkodkan sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.
Sebanyak 209 kematian direkodkan bulan lepas.