Syed Saddiq: Hormat saya pada Muhyiddin Yassin tetap kekal

0
2

KUALA LUMPUR: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Abdul Rahman mengajak semua ke arah pembinaan semula Malaysia dengan bermaruah dan berintegriti.

Ahli Parlimen Muar itu menegaskan dia penyokong tegar prinsip dwipartisan.

“Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik,” katanya.

Syed Saddiq berkata berkata demikian melalui satu hantaran di media sosial susulan pertemuan berlangsung selama dua jam dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada Tan Sri Muhyiddin tetap kekal.

“Hormat kawan dan lawan.

Dua jam berbual, catching up on life after elections.

Dalam pilihan raya umum bulan lepas pemimpin Muda itu memilih Pakatan Harapan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sekutunya.

Parti pimpinannya hanya memenangi satu kerusi pada PRU-15, iaitu Parlimen Muar yang disandangnya.