Motosikal bawa enam sekeluarga, dua anjing, dua ayam

0
6

Seorang pengguna jalan raya merakam aksi pemilik motosikal yang dengan santai membawa isterinya, lima anak, dua ekor ayam dan dua ekor anjing ketika melalui sebatang jalan.

Klip video tersebut dikongsi di Twitter oleh pengguna bernama @Gulzar_sahab dengan ciapan berbunyi: “Jika dia ditangkap, rasanya dia perlu membuat pinjaman untuk membayar saman.”

Ia mencetuskan pelbagai reaksi netizen media sosial.

Walaupun ramai pengguna Twitter mendapati video itu lucu, segelintir yang lain memberi komen tentang keselamatan kanak-kanak dan haiwan tersebut.

Netizen menganggap perbuatan pemilik motosikal itu membahayakan ahli keluarganya.

https://twitter.com/i/status/1593626789427150848