Kucing berlagak jadi bos

0
4

Klip video yang dikongsi oleh Madeyousmile di Twitter membabitkan aksi seekor kucing mencuit hati orang ramai yang menontonnya.

Video itu menunjukkan seorang lelaki membaiki lampu dengan ditemani kucing.

Kucing tersebut yang berdiri di atas sebuah peti sejuk kemudian mula beraksi seperti bos dengan memeriksa hasil kerja tuannya itu.

Lagaknya yang melucukan itu menyebabkan netizen ketawa melihatnya.