Dakwaan seleweng RM600 bilion: Muhyiddin tak takut disiasat

0
7
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: “Tak mungkin saya seleweng wang ini kerana ia adalah wang individu atau bank yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Saya sebagai perdana menteri ketika itu tidak ada apa-apa kuasa ke atas penggunaan wang ini,” kata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, laporan Kementerian Kewangan pada 29 Jun 2021 menunjukkan jumlah suntikan fiskal yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah RM83 billion.

Ia digunakan untuk membeli vaksin Covid-19 sebanyak RM5 bilion dan bantuan kewangan terus untuk rakyat.

“(Ia) termasuk subsidi upah bernilai RM20.92 bilion, Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM18.2 bilion, Geran Khas Prihatin bernilai RM4.21 bilion, Geran Khas Prihatin Permai bernilai RM842,000,000, Skim Pembiayaan Mudah Bumiputera bernilai RM500,000,000 dan bantuan lain dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak,” kata ahli parlimen Pagoh itu dalam satu kenyataan.

Muhyiddin menegaskan beliau tidak takut disiasat berhubung dakwaan kerajaan pimpinannya sebelum ini membelanjakan RM530 bilion.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin  yang juga Pengerusi PN berkata beliau yakin Kementerian Kewangan khususnya Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mempunyai perincian mengenai perbelanjaan bagi lapan pakej rangsangan diperkenalkan semasa beliau perdana menteri.

“Jika terdapat salah laku rasuah atau penyelewengan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap si pelaku,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata, laporan Kementerian Kewangan pada 29 Jun 2021 menunjukkan jumlah suntikan fiskal yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah RM83 billion.

Ia digunakan untuk membeli vaksin Covid-19 sebanyak RM5 bilion dan bantuan kewangan terus untuk rakyat.

“(Ia) termasuk subsidi upah bernilai RM20.92 bilion, Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM18.2 bilion, Geran Khas Prihatin bernilai RM4.21 bilion, Geran Khas Prihatin Permai bernilai RM842,000,000, Skim Pembiayaan Mudah Bumiputera bernilai RM500,000,000 dan bantuan lain dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak,” katanya.

Beliau berkata, jika terdapat satu sen daripada jumlah itu dimasukkan ke akaunnya, Jabatan Audit Negara (JAN) akan mengetahui dalam audit tahunannya manakala Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkannya di parlimen.

“Tak mungkin JAN atau PAC terlepas pandang.

Ini bukan perkara kecil.

Ia perkara besar,” katanya.

Kenyataan Muhyiddin hadir sebagai respons gesaan pihak tertentu untuk menyiasat perbelanjaan kira-kira RM600 bilion ketika pemerintahannya sebelum ini.