KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,502 kes Covid-19 di negara ini semalam, termasuk 73 di Sarawak.
Jumlah kes aktif ialah 22,505, turun 17.1 peratus berbanding 14 hari lalu.
Tiga lagi kematian Covid-19 direkodkan semalam.
Sebanyak 36,713 kes kematian dicatatkan di negara ini sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada mac 2020.