Raja Permaisuri Agong melawat Kuching empat hari

0
7
TIBA...Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong di LTAK

KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), kira-kira jam 1.26 petang, hari ini.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri menggunakan pesawat khas disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Raja Permaisuri dijangka melaksanakan lawatan selama empat hari di Kuching.

Keberangkatan baginda turut disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo iaitu Bengkel Songket Penjara Puncak Borneo.

Manakala pada sebelah malamnya baginda dijadual menghadiri Food Over Fire Festival & Theatre di Fort Margherita, Kuching.

Pada keesokannya, baginda dijadualkan berangkat ke Damai Golf & Country Club, Santubong diikuti pada sebelah petang berkenan melawat Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim bagi pelancaran Kampung Heritage Trail-Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke ibu negara pada Khamis, 8 Disember 2022.