Nancy: Tanggungjawab, amanah besar

0
4
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Nancy di Istana Negara, semalam.

KUCHING: Pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang akan dipikulnya, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Ahli Parlimen Santubong itu juga, ia juga merupakan satu cabaran untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Insya-Allah, pengalaman dan hubungan baik bersama-sama dengan ahli Jemaah Menteri yang merentasi fahaman politik akan saya manfaatkan sebaiknya.

“Ia bagi terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara di samping kerjasama seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya menerusi kenyataan, semalam (3 Nov).

Tambahnya, kemenangan di dalam PRU baru-beri ini juga merupakan berkat kepercayaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta seluruh kepimpinan parti dan aspirasi rakyat Sarawak.

Kerajaan Perpaduan turut menyaksikan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekali gus memegang portfolio di Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Selain Nancy, Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga dilantik sebagai Menteri Kerja Raya; Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan; dan Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Menteri Perpaduan Negara.