Ibu bapa dikecam biarkan anak buat hal dalam pesawat

0
4

Sepasang suami isteri dikecam kerana membiarkan anak kecil mereka ‘berlari’ dan liar di dalam penerbangan selama lapan jam.

Klip video menunjukkan telatah kanak-kanak itu tular di media sosial.

Kanak-kanak perempuan tersebut yang berkaki ayam melompat di meja makanan pesawat.

Walaupun kerusinya bergoyang akibat lompatan budak itu, penumpang lelaki yang duduk di hadapan dilihat tidak mengendahkan kekecohan itu.

Netizen menyelar ibu bapanya yang tidak menghalang anak mereka mengganggu penumpang lain semasa penerbangan yang panjang itu.

Video tersebut dirakam dan dikongsi di Reddit oleh penumpang dengan kapsyen
“Membiarkan kanak-kanak berlari tanpa pengawasan semasa penerbangan lapan jam’.

Sumber : https://www.reddit.com/user/readysetgorilla/