Tujuh menteri dari Sarawak, Sabah dalam kabinet perpaduan

0
22

KUCHING: Tujuh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai anggota jemaah menteri dalam kabinet perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman barisan kabinet baharu dilakukan oleh Perdana Menteri pada 8.20 malam tadi yang disiarkan melalui beberapa saluran televisyen nasional.

Mereka terdiri daripada lima wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan dua dari Sabah iaitu masing-masing daripada PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Empat wakil GPS  ialah Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan),  Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara).

Dua menteri dari Sabah ialah Ewon Benedick daripada PH yang menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Armizan Mohd Ali daripada GRS pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).