Tengku Zafrul, Saifuddin Nasution, Zambry, Mohd Na’im angkat sumpah Senator

0
11

KUALA LUMPUR: Empat anggota kabinet Kerajaan Perpaduan yang dilantik daripada 28 Jemaah Menteri mengangkat sumpah sebagai Senator.

Majlis berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di Bangunan Parlimen, 8.30 pagi tadi.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Negara itu ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Turut serta ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bekas menteri kewangan yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir turut mengangkat sumah untuk memegang jawatan Menteri Luar.

Manakala, Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menyertai upacara angkat sumpah untuk dilantik sebagai Menteri Agama.

Rais ketika berucap pada upacara berkenaan mengingatkan peranan Ahli Dewan Negara membantu memperkasa Reformasi Institusi Parlimen yang diamanahkan.