Saya menteri untuk semua rakyat M’sia – Nanta

0
14
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya memberi jaminan meneruskan dasar kementerian itu sebelum ini, selain bertekad menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kapit dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu sedia memberikan komitmen memastikan kelancaran perancangan pentadbiran negara atas kapasitinya di kementerian itu.

Dalam kenyataan semalam, Nanta berkata: “Saya menteri untuk semua bukan hanya untuk orang Sarawak, dengan itu saya memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.”

Nanta menyifatkan pelantikannya sebagai tanggungjawab penting membantu Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha memulihkan ekonomi negara, lebih-lebih menghadapi 2023 yang dikatakan tahun mencabar bagi ekonomi dunia.