Sarawak punyai penarafan kewangan terbaik

0
13
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Moodys dan Standard & Poor’s mengesahkan penarafan kewangan Sarawak pada A3 dan A-, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selain itu, katanya, Agensi Penarafan Malaysia juga mengekalkan penarafan kredit Sarawak sebagai AAA dengan prospek yang stabil.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menjunjung dan mengekalkan amalan tadbir urus yang baik untuk mencapai dan mengekalkan kedudukan kewangannya yang kukuh.

“Ini ditegaskan semula dalam penarafan kredit yang membanggakan diberikan oleh syarikat penarafan antarabangsa dan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu pada Persidangan Dun Sarawak di sini, kelmarin.

Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata, Sarawak juga terus dianugerahkan ‘Sijil Bersih’ untuk Akaun Awamnya bagi tahun lepas.

“Ini adalah rekod bersih bagi tahun ke-20 berturut-turut, yang merupakan bukti jelas tentang amalan tadbir urus yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemat,” katanya