KUALA LUMPUR: Selepas PRU-15, nilai ringgit meneguh pada tukaran RM4.40 berbanding AS$1.
Sebelum PRU-15 nilai ringgit ialah RM4.80 berbanding AS$1.
Hal ini turut mendapat respons Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berharap nilai ringgit terus mengukuh.
Beliau yang dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berharap trend pengukuhan ringgit selepas PRU-15 itu berterusan.
Bercakap kepada pemberita di Kulim, Mohamad berkata: “Nilai import kita lebih murah jika mata wang semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang menakjubkan dalam masa 10 hari selepas pilihan raya.”