Perusahaan kek tingkatkan taraf ekonomi

0
6
ZAINAP Halip (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Kek Lapis di Simunjan semalam. Turut kelihatan Zubaidah Sahadar dan Azida Mohammad Hipni (kanan).

SIMUNJAN: Perusahaan kek Sarawak membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk terutama golongan wanita berpendapatan rendah di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) Zubaidah Sahadar berkata, hal ini kerana permintaan terhadap kek lapis Sarawak terus meningkat dari semasa ke semasa terutama ketika pasca-Covid-19.

“Ini terbukti apabila ramai pelawat dari luar negara terutama dari Semenanjung Malaysia membeli kek lapis Sarawak untuk dibawa pulang ke tempat asal masing-masing.

“Sejak dahulu kek lapis Sarawak memang sinonim dengan nama Sarawak.

Adalah tidak lengkap bagi seseorang yang melawat ke Sarawak terutamanya ke Kuching jika tidak membawa balik kek lapis sebagai buah tangan.

“PPKLS juga secara tidak langsung mempromosikan Bumi Kenyalang dalam kalangan para pelancong sama ada di dalam dan di luar negara,” kata Zubaidah ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil kepada peserta Kelas Asas Kek Lapis: Kek Lapis Bajet di Simunjan Khamis.

Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Simunjan, Zainap Halip.

Menurut Zubaidah, rasa kek lapis Sarawak yang lembut berkrim serta manis mendorong orang ramai ingin menikmatinya berulang kali.