Pelajar kurang mampu terus dibantu

0
16

BINTULU: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) terus membantu pembangunan pendidikan di Bintulu dengan menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk meningkatkan prestasi akademik serta membantu pelajar kurang mampu.

Sehubungan itu, seramai 231 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nyalau dan SK Nyalau menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan di bawah program CSR Bintulu Port Prihatin baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu BPHB Datuk Mohamad Medan Abdullah berkata, ini tahun kelapan penganjuran program CSR dengan dengan tema “Pendidikan + ilmu = berjaya”.

“Seperti tahun-tahun yang lepas, syarikat tampil menyumbangkan keperluan asas persekolahan.

la dipercayai akan membantu anak-anak kurang mampu memulakan sesi persekolahan 2023,” katanya berucap merasmikan Program CSR Bintulu Port Holding Berhad (BPHB) Back To School di Restoran Dinner World, di sini, Khamis.

Menurutnya, sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda, pihaknya tetap meneruskan program sama dengan menyerahkan sumbangan kepada 450 murid melibatkan 31 sekolah di negeri ini.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB merangkap Pengerusi Program CSR Back To School, Maslihah Tioh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Yusup Harbi, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd., Matsalleh Mohamad Etli, Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd., Ezam Ismail, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd., Wan Mohamad Zaidi Wan Kadir dan Guru Besar SK Kampung Nyalau, Mohammad Yahya turut hadir.