Parkir trak 18 tayar tanpa memandunya

0
9

Sebuah video menunjukkan kemahiran parkir luar biasa pemandu trak tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video itu, pemandu tersebut berdiri di luar trak, mengawal stereng dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya menyeluk poket seluar.

Pemuda itu menundukkan kepalanya di bawah pintu trak dan membiarkan trak itu berjalan sendiri untuk beberapa saat.

Seperti hasrat perakam video itu, pengguna media sosial terpegun dengan kemahiran pemuda terbabit mengendalikan trak 18 tayar di tempat parkirnya.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna Black di akaun Twitternya.