Mesyuarat Tahunan Majlis Pengakap Sarawak

0
9
Tan Sri William (duduk di tengah) dan yang lain dalam bergambar kenangan selepas mesyuarat

Majlis Pengakap Sarawak mengadakan mesyuarat tahunannya hari ini di sebuah hotel sebagai cara untuk mengakhiri kalendar aktivitinya untuk tahun 2022 dan merangka program untuk tahun depan.

Yang Dipertuanya YB Tan Sri William Mawan ak. Ikom dalam ucapan perasmiannya menyeru ahli-ahli Majlis dan pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap untuk mengeratkan silaturahim dan berganding bahu dalam merealisasikan pelbagai program bagi menyediakan golongan belia memainkan peranan positif bagi membentuk diri mereka menjadi pemimpin masa depan untuk diri sendiri dan rakan sebaya.

Beliau menggesa agar kedua-dua ahli majlis dan pesuruhjaya berusaha bersungguh-sungguh menjadikan pergerakan pengakap sebagai landasan pilihan golongan muda untuk memupuk disiplin yang baik, kepatuhan, hormat-menghormati, esprit de corps atau kerja berpasukan dalam diri mereka.

Dalam menyedari peranan besar yang boleh dimainkan oleh pengakap untuk membangunkan warganegara yang baik, beliau sendiri telah mengambil langkah untuk memulakan pelaksanaan pergerakan pengakap berasaskan komuniti di kawasan DUN beliau pada tahun depan berikutan cadangan yang diterima beliau daripada Pemangku Ketua Pengakap Negara baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Kapten Zainuddin bin Tan Sri Hamdan, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak dan pegawai-pegawai dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Pendidikan Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.