Malaysia menuju 5 juta kes jangkitan Covid-19

0
14

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,421 kes baharu Covid-19 semalam, termasuk 156 di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,996,964 setakat ini.

Jumlah kes aktif ialah 24,053, turun 11.4 peratus berbanding 14 hari lalu.
Sembilan lagi kes kematian direkodkan semalam.

Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan tiga kematian, diikuti Johor, Selangor, Pahang, satu masing-masing.

Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,704 kes sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.