Dua jam perjalanan, penduduk pindahkan rumah warga emas

0
5

ZAMBOANGA DEL NORTE: Sebuah video yang dikongsi oleh goodnews_movement di Instagram menunjukkan lebih dua dozen penduduk kampung bergotong-royong memindahkan sebuah rumah warga emas menimbulkan rasa terharu netizen media sosial.

Video tersebut dirakam di Zamboanga del Norte, Filipina dan menunjukkan lebih dua dozen penduduk kampung mengangkat rumah setinggi 7 kaki melalui sebatang jalan berdebu.

Tujuan mereka memindahkan rumah itu bagi membolehkan warga tua tinggal berdekatan anak lelaki dan cucu-cucunya.

Misi mulia itu mengambil masa dua jam, tetapi penduduk setempat tetap bersemangat dan ceria sepanjang perjalanan ke destinasi mereka.

Mereka juga berhenti berehat seketika di beberapa lokasi.

Nenek itu tidak mempunyai sesiapa untuk menjaganya kerana isterinya sudah meninggal dunia jadi anak-anaknya mahu dia tinggal berdekatan mereka.

Bagaimanapun, saudara-maranya tidak dapat mengangkat rumahnya kerana ia terlalu berat.

Ekoran itu beberapa jiran kami menawarkan diri membantu,” jelas Rhezelle Aranjuez, penduduk tempatan.

Selepas sampai ke destinasi, kami semua keletihan, namun anak perempuan warga tua tersebut memasak makanan untuk kami. Suasana sepanjang insiden itu seperti satu festa, ujarnya.