Cemas, lelaki selamatkan kanak-kanak terjuntai di tingkap tingkat lima

0
4

JIANGSO: Tindakan berani lelaki memanjat turun ke luar bangunan untuk menyelamatkan budak kecil yang sedang berpaut pada besi tingkap menerima pujian orang ramai.

Sebuah klip video yang dikongsi goodnews_movement di Instagram menunjukkan saat insiden cemas tersebut di sebuah pangsapuri lima tingkat di Jiangso,China.

Aksi lelaki yang dikenali sebagai Tao Yazhou, turun dari tingkap sebelah rumah dan berpaut kepada besi bangunan untuk mendapatkan kanak-kanak itu menyebabkan netizen berdebar-debar melihatnya.

Tao berdiri memegang si kecil itu selama lima minit sehingga bantuan tiba.