Peluang terakhir dapat tiket ke Festival Muzik di Kuching

0
3
Dr Geraldine Law-Lee

KUCHING: Peluang terakhir untuk mendapatkan tiket anda ke Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) tahun ini, yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember mulai 7.30 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di sini.

Menurut pengerusi penganjur SIFMA, Dr Geraldine Law- Lee, SIFMA Fringe telah menjadi minggu penuh peristiwa yang dipenuhi dengan program seperti Bamboo Event Weekend, Instrumen Etnik, Irama Sarawak, Malam Konsert Chorale, dan Persidangan dan Bengkel Antarabangsa Music Heals Persatuan Muzik dan Perubatan Malaysia (MSSM).

“Hujung minggu ini di Pentas DUN, SIFMA akan menyaksikan, buat pertama kalinya, gabungan kolektif koir yang menampilkan tiga paduan suara terbaik Sarawak, Dolce Chanticleer diketuai oleh Sabrina Tnay, Koir Dewan St Joseph diketuai oleh Benedict Lo dan Koir Sekolah Kebangsaan Lodge diketuai oleh Anthony Wong dan dikendalikan oleh Thomas Kuek dari Singapura,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, peminat paduan suara juga akan teruja dengan persembahan Kumpulan Koir UiTM dan Victoria Chorale Singapura, yang merupakan antara aksi yang ditunggu-tunggu di malam SIFMA.

Pencinta muzik dan seni juga akan dihidangkan dengan persembahan daripada Sekolah Balet Halili Cruz, Studio Shilp Maitri, Ganesh Kriti, Esme Wong, dan ramai lagi semasa malam SIFMA pada hujung minggu ini, katanya lagi.

Tunjukkan sokongan anda untuk acara tempatan ini dengan membeli tiket ke SIFMA 2022 di https://sifma.com.my/.

Pastikan anda mengikuti platform media sosial rasmi SIFMA untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai acara yang bakal berlangsung itu dengan melayari laman sesawang https://www.facebook.com/SIFMAOfficial dan https://www.instagram.com/sifmaofficial.