Nilai ringgit dibuka hampir tidak berubah

0
3
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari Rabu apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi semalam, mata wang tempatan naik sedikit kepada 4.5050/5100 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.5060/5130.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur akan mengikuti ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell lewat hari ini, kerana ia akan memberikan petunjuk tentang langkah Rizab Persekutuan yang seterusnya.