Bursa Malaysia dibuka rendah

0
3

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kerugian kelmarin untuk dibuka lebih rendah pada sesi dagangan awal Rabu, manakala Wall Street mempamerkan sentimen yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.88 mata kepada 1,473.08 daripada 1,476.96 penutup kelmarin.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 353.69 juta unit bernilai RM75.44 juta.