KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,375 kes Covid-19 di negara ini semalam, termasuk 176 di Sarawak.
Jumlah kes aktif ialah 24,467 kes, turun 11.7 peratus berbanding 14 hari lalu.
Katanya, sebanyak 17 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam.
Sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada mac 2020, sebanyak 36,695 kes direkodkan.
Sebanyak 209 kematian direkodkan pada bulan lalu, manakala 101 kematian pada bulan Oktober.