Penjawat awam S’wak terima insentif satu setengah bulan

0
3
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Penjawat awam Sarawak mendapat insentif khas satu setengah bulan atau minimum RM2,000.

Sementara, penjawat awam Persekutuan di Sarawak menerima RM500.

Semua insentif ini diberikan pada Disember ini.

Kenyataan ini diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada ucapan penggulungan di DUN Sarawak hari ini.

“Dengan ini, Kerajaan GPS memutuskan memberi bayaran insentif khas bersamaan sebulan setengah gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, dan akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

“Kita juga membayar insentif khas kepada lebih kurang 137,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sebanyak RM500. Bonus tahun ini merupakan yang tertinggi diberikan kerajaan Sarawak dalam sejarah pemberian bonus,” kata beliau.