Penghasilan telur, daging Sarawak cukup untuk keperluan sendiri

0
11

KUCHING: Di Sarawak terdapat 311 ladang poltri berlesen, membolehkan negeri ini mencapai Kadar Sara Diri (SSR) 100 peratus penghasilan telur dan 95 peratus membekalkan ayam pedaging.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Sarawak mengeluarkan ayam pedaging 1,300 tan metrik sebulan, manakala purata pengeluaran telur 55 juta biji sebulan.

Bercakap pada sesi penggulungan Sidang DUN Sarawak berkaitan bajet, beliau berkata Sarawak terus membangunkan industri poltri bagi menjadikan negeri ini pengeluar produk poltri utama.

Ketika ini menurut Rundi, Sarawak berjaya meningkatkan SSR untuk susu segar daripada 1 peratus pada 2016 kepada 25 peratus.

Di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030), menurut Rundi kementeriannya menetapkan sasaran mencapai SSR 25 peratus untuk daging lembu dan kambing pada 2030.