Kerajaan Perpaduan jangan ulangi kesilapan Kerajaan PH

0
2
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berharap agar tiada lagi projek di Sarawak akan dibatalkan oleh kerajaan persekutuan.

“Saya berharap agar Kerajaan Perpaduan ini akan mengambil iktibar daripada kerajaan Pakatan Harapan yang lepas,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  Bukit Sari.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Awang Tengah turut menegaskan janji berkenaan dengan hak Sarawak harus ditunaikan.

“(Janji) seperti mengembalikan 50 peratus cukai yang dikutip dari Sarawak dan 20 peratus royalti minyak akan diberikan kepada kita, semua ini  tidak dilaksanakan.

Untuk rekod, di bawah kerajaan PH, banyak projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan BN, dibatalkan dalam tempoh 22 bulan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah.