Jika saya Premier Sarawak

0
3
Pustaka Negeri Sarawak FOTO:FB

MIRI:Pustaka Negeri Sarawak menjemput pelajar di seluruh negeri ini menyertai Pertandingan Penulisan Esei yang bertemakan “Jika Saya Adalah Premier Sarawak”.

Penyertaan terbuka kepada pelajar yang bermastautin di Sarawak berusia 13 hingga 17 tahun dan terhad kepada 50 penyertaan pertama.

“Tema ini ditetapkan supaya peserta boleh berfikir dan menceritakan secara kreatif menerusi penulisan esei berkenaan apa yang akan dilakukan sekiranya mereka menjadi peneraju utama negeri Sarawak,” jelas kenyataan Pustaka Negeri Sarawak semalam.

Penulisan esei tambahnya, boleh merangkumi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran negeri. Panjang esei yang ditetapkan antara 1,500 hingga 3,000 patah perkataan sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, tempat kedua RM800 dan ketiga RM500, manakala lima pemenang hadiah sagu hati akan menerima RM100 setiap seorang.

Tarikh tutup penyertaan pada 30 Disember depan dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada 1 Februari 2023.

Borang pendaftaran serta syarat penyertaan boleh diperoleh dalam talian di https://www.pustaka- sarawak.com/apps/ppep2022/ Untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan atau maklumat lanjut, boleh hubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Sebarang keterangan boleh menghubungi Mohd. Khadzrie Ramzie Faizal di talian 085-422 525, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching (Rozana Octavia) di talian 082-442000 atau Pustaka Negeri Sarawak, Sibu (Rayson Clinsmund) di talian 084- 314300