Internet 5G bandar Sibu beroperasi 2023

0
18

SIBU: Pemasangan 88 unit menara 5G di Sibu siap tahun depan, memungkinkan sambungan Internet pantas di bandar itu dapat dinikmati pengguna 2023.

Majlis Perbandaran Sibu (SMC) mengeluarkan surat sokongan kepada Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memasang menara berkenaan.

Menurut Pengerusi SMC, Clarence Ting Ing Horh, pemasangan menara bersaiz seperti tiang lampu setinggi 18 meter itu sebelum ini berlangsung perlahan berikutan bantahan orang ramai kerana ia terletak berdekatan kawasan milik individu.

Kini pemasangan menara tersebut kebanyakannya didirikan di kawasan berdekatan tanah milik SMC.