Sokong keputusan Anwar Ibrahim

0
6
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tatakelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender dan tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyokong serratus peratus kenyataan terbabit.

“Sokong seratus peratus.

Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Beliau turut memuat naik laporan media yang bertajuk ‘Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender di semua peringkat – Anwar’.

Anwar ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya semalam menyatakan bahawa soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender tidak boleh lagi terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.