Sinar baharu untuk Malaysia

0
4
Dr Kelvin Yii Lee Wuen

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii percaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengemudi negara ke arah kestabilan politik yang lebih baik.

Katanya, beliau berasa teruja dengan pelantikan Anwar sebagai PM-10 sekali gus memberi sinar baharu buat Malaysia.

“Sebagai rakyat Sarawak, apa yang kita mahukan ialah Kerajaan Persekutuan berbilang kaum di Putrajaya untuk menyantuni semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang secara adil, dan bukannya menghasut, menimbulkan kebencian dan bermain dengan isu perkauman serta agama untuk terus memecahbelahkan rakyat.

“Oleh itu, tidak kira betapa sukarnya keputusan itu, kami percaya bahawa hanya kerajaan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim boleh mengemudi negara ke arah kestabilan politik dan menerapkan prinsip tadbir urus yang lebih baik serta boleh menarik pelabur asing dari negara maju,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak kelmarin.

Tambah beliau, Anwar mempunyai pengalaman dalam menguruskan kewangan negara semasa menjadi menteri kewangan dari 1991 hingga 1998, apabila purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tempoh 1991 hingga 1997 adalah 9.23 peratus.

Katanya, pilihan sedemikian terbukti tepat kerana Saham Malaysia melonjak tinggi dalam tempoh dua tahun sejak Mac 2020 berikutan terdapat sentimen pasaran menaik dan ringgit meningkat 1.9 peratus berbanding dolar sekali gus menjadi prestasi terbaik di Asia sejak diumumkan sebagai Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan kepentingan tadbir urus yang terbaik dalam menanam keyakinan pasaran.

“Oleh itu, kita berada dalam keputusan yang tepat dan bukanlah mudah kerana mungkin menerima kecaman atau mengejek keputusan kita.

“Bagaimanapun, kita akan menerima dengan hati yang terbuka kerana kita tidak melakukan apa yang kita boleh untuk melindungi sosial dan keharmonian.

“Kami berhutang ini kepada anakanak dan generasi akan datang,” katanya lagi.

Beliau menegaskan yang terbaik untuk Sarawak ialah kerajaan pelbagai budaya yang berwibawa boleh menjaga semua tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

“Sekarang kerajaan perpaduan telah dibentuk, ini boleh menjadi sinar baharu di Malaysia termasuk Sarawak.

Kini tiba masanya untuk menyembuhkan, mendamaikan, mencari persamaan, dan membina semula negara kita yang tercinta.

“Ini hanya permulaan dan kerja sebenar bermula sekarang,” jelasnya lagi.