Promosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan sukan

0
3
SERAH...Presiden SGA2017, Encik Hoan Kee Hock (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Sebastian Ting (temgah) sambil disaksi sama Setiausaha Agung, Dato Thomas Tieng Mee Tung (kiri).

MIRI: Kerajaan Sarawak akan terus menggalakkan dan menyokong penganjuran sukan antarabangsa serta tempatan sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Negeri Sarawak sebagai destinasi pelancongan sukan dan pada masa yang sama memberi ruang kepada bakat tempatan mendapat pendedahan yang baik.

Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) telah menyokong banyak sukan antarabangsa yang dianjurkan di pelbagai bahagian yang memberi impak positif termasuk menarik pelancong asing dan domestik untuk melawat Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg menyokong penganjuran acara sukan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan sukan negeri ini.

SERAH…Presiden SGA2017, Encik Hoan Kee Hock (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Sebastian Ting (temgah) sambil disaksi sama Setiausaha Agung, Dato Thomas Tieng Mee Tung (kiri).

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacarkan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Sebastian Ting pada Majlis Makan Malam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak Ke-22, Piala Premier Sarawak 2022 di Hotel Imperial Palace, Miri pada Isnin lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA), Encik Hoan Kee Hock dalam ucapan alu-aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak serta Premier Sarawak, atas sokongan diberikan untuk penganjuran berprestij itu.

Menurut beliau, walaupun telah berehat selama dua tahun akan tetapi sambutan diberikan begitu menggalakkan dengan penyertaan pemain dari luar negara yang turut bersama keluarga masing-masing.

Hoan akui, kejohanan terbabit yang bertujuan memberi peluang kepada pemain mempamer kehebatan masing-masing.

Tegas beliau, pihak perrsatuan berharap Kerajaan Sarawak akan terus menyokong penganjuran kejohanan itu pada masa akan datang mengambil kira ia merupakan kejohanan berprestij di rantau ini.

Seramai 58 pemain lelaki dan 46 pemain perempuan dari lapan negara berbeza termasuk tuan rumah Malaysia, bertanding dalam kejohanan kali ini.

Kejohanan terbabit bermula hari ini hingga 1 Disember dan dianjurkan oleh Persatuan Golf Sarawak (SGA2017) dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kedudukan Golf Amatur Dunia (WAGR) dan berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri.

Pemain dari negara seperti Pakistan, India, Thailand, Vietnam, Filipina, China Taipeh, Singapura, Indonesia, Brunei Darulsalam antara yang turut serta.

Manakala tuan rumah Malaysia diwakili pemain remaja dari Sabah dan Sarawak.

Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) juga turut mengetengah empat pemain remaja bertanding dalam kategori khas Perempuan, A dan C sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.

Kejohanan kali ini terbahagi kepada empat kategori berbeza iaitu kategori A (umur 15 hingga 17 tahun), B (13 hingga 14 tahun), C (12 tahun ke bawah) dan kategori khas (18 hingga 21 tahun).