Anwar umumkan kabinet perpaduan esok?

0
4
Gambar: Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Bilakah barisan kabinet kerajaan perpaduan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Pengumuman penting itu dijangka dibuat selewat-lewatnya esok.

Ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Gambar: Facebook Istana Negara

Khabar angin bahawa Kabinet baharu bakal diumumkan mulai bertiup kencang susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara semalam.

Ia diiringi empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri.

Pengumuman kabinet baharu sentiasa menjadi teka-teki di sebalik hasrat Anwar untuk mengecilkan kabinet itu.

Juga menjadi perhatian ialah, adakah pemimpin yang mempunyai kes mahkamah akan ditampilkan?

Selain tentunya, adakah golongan profesional dan teknokrat akan dilantik?

Sebelum ini, Perdana Menteri  turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.