1,672 kes Covid-19 direkodkan semalam

0
9
Foto fail

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan  Covid-19 di negara ini semalam ialah 1,672 berbanding 2,465 pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 26,578 kes aktif dicatatkan pada Selasa.

Katanya, daripada jumlah itu 24,573 kes atau 92.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,911 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Sejumlah 94 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sepuluh kes kematian direkodkan semalam akibat jangkitan COVID-19, dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital (BID).