Syarikat penerbangan digesa tawar tambang berpatutan ke Sarawak

0
2
Datuk Seri Lee Kim Shin

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak bawah Datuk Seri Lee Kim Shin menulis surat kepada semua syarikat penerbangan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa menawarkan tambang penerbangan berpatutan ke Sarawak untuk musim perayaan akan datang.

Menurut Kim Shin tambang penerbangan berpatutan dapat memudahkan pergerakan rakyat terutama kalangan pelajar dan mereka yang ingin melawat ahli keluarga serta sanak-saudara pada musim perayaan, di Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia.

Pada ucapan penggulungan bajet negeri 2023, pad sidang DUN, Kim Shin menggalakkan bakal pengembara merancang perjalanan dan menempah tiket penerbangan awal untuk mendapatkan tambang penerbangan promosi dan diskaun.