Lelaki menyamar jadi pekerja wanita di salun

0
4

GUJRANWALA: Perbuatan lelaki menyamar menjadi wanita dan bekerja di sebuah salun kecantikan akhirnya terbongkar selepas dia ditahan pihak berkuasa minggu lalu.

Menurut jurucakap polis Gujranwala, mereka menerima banyak aduan membabitkan pekerja bertudung bernama Arsalan di salun kecantikan tersebut.

Ramai pengadu mendakwa sentuhan suspek seperti lelaki.

Polis wanita berkunjung ke salun kecantikan tersebut yang dimiliki wanita bernama Aiza, dan lelaki itu ditangkap.

Arsalan yang pernah memberitahu pelanggannya bahawa dia terpaksa menyembunyikan mukanya semasa bekerja di salun kecantikan kerana terdapat kesan hodoh pada wajahnya ditahan dan dihadap ke mahkamah.

https://arynews.tv/female-beautician-working-for-years-turns-out-man/