KABINET DIBENTUK SEGERA SELEPAS AMBIL PANDANGAN SEMUA PARTI KERAJAAN – PM

0
2
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.

“Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti.

“Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR semalam.