Jika Anwar lantik Zahid sebagai TPM hanya beri imej buruk kepada kerajaan

0
3
Datuk A Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya ini  hanya akan memberikan imej buruk kepada kerajaan ketika ia mula mendapat sokongan lebih ramai pihak.

“Tapi jika dia lakukannya, dia (Anwar) akan membuat tindakan harakiri.

“Dia akan hilang sokongan daripada penyokongnya sendiri dan menyebabkan para penyokong atas pagar – yang mula suka kepadanya – menjauhkan diri daripadanya,” katanya.

Anwar berjaya membentuk kerajaan perpaduan sekali gus menjadi Perdana Mernteri  BN yang diterajui Zahid bersetuju bekerjasama.

BN memenangi 30 kerusi pada PRU-15.

Menurut A Kadir tindakan Anwar yang menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dia memasuki pejabat dan mengecilkan saiz kabinet ialah tindakan positif.“

Tapi jikalau dia bawa masuk kawan lamanya ke dalam kabinet, dalam sekelip mata saja dia akan merosakkan imejnya sebagai seorang reformis dan seseorang yang berpendirian teguh terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Kata A Kadir lagi, langkah tersebut juga akan dianggap satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong PH pada dua PRU lalu selepas percaya kepada prinsip gabungan tersebut mahu membina kerajaan yang bersih.

“Ayuh kita doakan dan berharap agar Anwar akan memilih untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti negara berbanding pertimbangan politik jangka pendek dan kepentingan diri sendiri,” katanya.