Jangan berhenti belajar

0
5
DATUK Wee Hong Seng menyerahkan skrol kepada Liew Sze Hui yang juga pelajar terbaik. Foto RAMIDI SUBARI

KUCHING: Majlis Graduasi Kolej Antarabangsa FAME menyaksikan lebih 150 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian menerima skrol semalam.

Turut disampaikan ialah anugerah pelajar cemerlang diploma dan ijazah sarjana muda. Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng yang berucap pada majlis tersebut memuji program pendidikan berkualiti yang ditawarkan FAME dalam usaha melahirkan generasi yang mampu mengharungi alam pekerjaan.

“Kalau boleh terus belajar dan sentiasa kemas kini diri dengan ilmu. Ini kerana pendidikan tiada penghujungnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FAME David Chew Tian Hui berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan pihak mengubah konsep pengajaran.

“Sekarang kita meneruskan pengajaran secara fizikal dan dalam talian seperti diluluskan.

“Rakan kongsi kami, University of Cumbria (UoC) juga membuat perubahan kepada penilan pada tahun ini,” ujarnya. Liew Sze Hui, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Keputusan) dinobatkan sebagai pelajar terbaik.